1 day ago
Tuesday, November 10, 2009
10 PERKARA BUKTI LELAKI ITU RUMIT
1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.
10. Jika mereka yg bernama lelaki membaca ini, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar..
::: adakah semua ini dusta semata-mata ...........!!!
Sunday, November 8, 2009
10 Bandar Kos Sara Hidup Termahal Di Dunia 2009

Menurut BusinessWeek, kehidupan taraf tinggi di’beberapa negara seperti Jepun, telah menyebabkan harga barangan harian menjadi mahal, sehingga 4 bandar utama’nya menduduki tangga top 5 dalam senarai. Dalam masa yang sama, ibu negara Angola (Luanda), mengekal’kan kedudukan sebagai bandar paling mahal dalam dunia.
- Luanda, Angola
- Tokyo, Jepun
- Nagoya, Jepun
- Yokohama, Japan
- Kobe, Japan
- Copenhagen
- Oslo
- Geneva
- Zurich
- Basel, Switzerland
1 Malaysian Ringgit = 21.27651 Angolan New Kwanza
1 Angolan New Kwanza (AON) = 0.04700 Malaysian Ringgit (MYR)
~utk abg sy yg br berlepas ke angola
tp syukur la org malaysia ramai jg kat sana...jaga diri sepanjang berada d tempat org
untuk akak yg skrg menetap di Qatar (akhir bulan ni diorg blk bercuti)
sy atach peta Qatar dan skali ngan matawang,so korang convert la n pikir sape yg x nak duit mayank2..heheh
tp mmg x leh lawan mtawang angola
USD 1 = QR 1.64
USD 1 = RM3.71

angola, sudan dan qatar mmg dekat je kalau tgk melalui peta =)
Saturday, November 7, 2009
Mazmumah Menghapus Bahagia Hati

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (siapa nak dekat kalau asyik nak marah saja.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punya..)
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh ini..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki ini..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. macam pantun zaman sekolah, dalam semak ada duri, ayam kuning buat sarang, org tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-banayng
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. contohnya time kerja banyak.. tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yang ini no komen).. pasal semua org ada egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dengan apa yang kita ada(harta, ilmu amal dll)
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .
Sombong pusaka iblis

Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka'bul Ahbar :
Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum "Thinatul Khabaal" yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka.
Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:
1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
5. rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.
6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.
Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah.
Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat. Di dunia, susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.
Lihatlah pada kesudahan orang-orang yang menyombongkan diri mereka. Azazil, ketua para malaikat; kerana sombongnya dia dihalau keluar dari Syurga. Firaun ditelan Laut Merah kerana kesombongannya mencabar Allah dan mengaku dirinya tuhan. Qarun ditelan bumi bersama harta yang meilmpah ruah juga kerana sombong. Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri:
"Wahai diri...kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALlah dan Rasul dan seisi alam akan membenci mu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang isinya logam cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya. Tahankah dengan siksaan itu??"
Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap hari:
1. Baca Surah Ad Dukhan
2. Selawat
3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada.
InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu.
Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. Firman Allah :
"Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit."
Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dengan Allah
Thursday, November 5, 2009
Sembilan Orang SITI Yang Harus Dicontohi

1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w
yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong
Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir
dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda
ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu
wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal
dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu
wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan
Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan
minum menggunakan bekas yang sama.
4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami
dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim
atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk
anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).
5) Siti Mariam - Wanita suci yang memang pandai menjaga
kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga
rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah - Isteri Firaun yang tinggi imannya dan
tidakgentar dengan ujian yang dihadapinya daripada
Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah - Wanita mulia yang menjadi ibu kandung
Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah - Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan
Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga
makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh
suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri
Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua
hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai
hanya niat kerana Allah s.w.t.
* berdasarkan portal muslimah...9 Siti ini adalah
petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah
Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk
'SITI IMPIAN'.Adakah kita tergolong antara Siti2 ini?
Tepuk dada tanya iman. sama-sama kita tingkatkan ilmu
kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi
Allah ini, insyaAllah.
Wednesday, November 4, 2009
Mencari BANK terbaik untuk membuat loan

Ada antara anda yg sedang mencari bank terbaik utk membuat loan anda?
Mencari bank yg menawarkan kadar faedah terendah utk loan kenderaan anda?
Ini penyelesaiannya!!Sebuah laman web yg menunjukkan kadar2 faedah terkini ditawarkan setiap bank..
Anda hanya perlu memasukkan berapa jumlah yg mahu anda pinjam,berapa tahun anda ingin bayar semula dan jenis kenderaan..
Laman web ini akan memberitahu bank yg menawarkan loan mengikut tahun anda ingin pinjam serta kadar faedah yg ditawarkan bank2 tersebut..
just follow this link
::: anda juga boleh mengira kadar faedah bg pelbagai benda spt home loans, personal loans dan credit cards di laman web ini.
n remind to me too....kot2 la lps ni nak beli kete ke umah ker,
rupanya cimb interst pling tinggi
Letto-Senyumanmu
Letto – Senyumanmu
Indah matamu derai rambutmu
Menunjukkan itulah keindahan
Yang memberikan bentuk senyuman
Sebentuk usapan kepada hati
[*]
Sinar wajahmu lembut katamu
Seperti nyaman ku menggubah dunia
Kian terasa begitu hampa
Semuanya sirna tanpa cinta
[**]
Ku temukan arti kerinduan
Dan ku mengerti yang ku cari
[***]
Kau bukanlah cantikmu yang ku cari
Bukanlah itu yang aku nanti
Tetapi ketulusan hati yang abadi
Ku tahu mawar tak seindah dirimu
Awan tak seteduh tatapanmu tetapi
Ku tahu yang ku tunggu hanyalah senyummu
Back to [*][**][***]
Labels:
My Fav. Song
Thursday, October 29, 2009
Puisi untuk seseorang
orang utara bilang, gunung itu indah.. aku diam
orang selatan bilang, laut itu indah.. aku diam
orang timur bilang, bintang itu indah.. aku diam
orang barat bilang, permata itu indah.. aku diam
orang utara, selatan, timur, barat diam.. aku bilang,,
cuma dirimu yang indah..
Copy dr cite Intan
suka dgn ayat2 tu...simple je
Sunday, October 18, 2009
Bila langit mula mendung.....
Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau
hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafia" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-Araf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Thursday, October 15, 2009
Misteri Batu Hajar Aswad
Assalamualaikum..
bismillahirahmanirahim.
Khas untuk mereka yang telah dan yang bakal sampai ke Mekkah.Semoga Allah menghantar jemputan khas ini kepada semua yang ingin berada di Mekkah
Amin

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekkah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya? ."
Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan tersembunyi di balik penghapusan website tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut
masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'Bah) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)
"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Pengetahuan Am
Subscribe to:
Posts (Atom)
-crop.jpg)